Header Ads

test

YAYASAN KHAIRIAH TERIMA ANUGERAH JEJAK MURABBI

BALING – Sekolah Menengah Agama (SMA) Arab Yayasan Khairiah dipilih menerima Anugerah Jejak Murabbi dan membawa pulang wang bernilai RM30,000.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad berkata, pemilihan ini dibuat dan dinilai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).


“Pemilihan ini dibuat melalui beberapa kriteria seperti tahun penubuhan, bilangan pelajar, alumnai, akademik dan beberapa kriteria lain yang membolehkan sesebuah institusi itu menerima anugerah ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Anugerah Jejak Murabbi di Dewan Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah, Kampung Pisang, Kupang, pada Selasa.


Katanya, majlis ini adalah langkah dan usaha dalam memperkasakan pendidikan Islam di negeri Kedah.


Tambahnya lagi, Tokoh Murabbi pula dianugerahkan kepada Pengetua SMA (Arab) Yayasan Khairiah, Ustaz Haji Abdul Rahman Haji Yahya.


“Anugerah murabbi ummah dipilih mengikut kepimpinan mudir dalam memimpin institusi tersebut dengan jayanya.


“Penganugerahan ini disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor,” jelasnya.


Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis julung kali diadakan ini.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Paduka Ammar Dato' Shaikh Mahmood Naim, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah, Dato' Syeikh Abd Rahman Haji Abdullah, Pengarah JHEAIK, Dato' Haji Mohd Yusri Haji Md. Daud, Yang Dipertua Majlis Daerah Baling, Haji Mohd Shahadan Abdullah, Ahli Parlimen dan ADUN Kerajaan.

Tiada ulasan