Header Ads

test

ANMS BANTU RAKYAT AMALKAN KEHIDUPAN SIHAT



YAN - Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) merupakan perancangan kerajaan dalam membudayakan hidup sihat dalam menyokong kesejahteraan rakyat di berusaha menjadiakan Keluarga Malaysia sejahtera sepanjang hayat.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman berkata ANMS mengambil pendekatan dengan melibatkan seluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta bagi memastikan pelaksanaan bersifat menyeluruh.


“Penyertaan semua pihak ini adalah sangat penting bagi menjayakan ANMS kerana semua agensi mempunyai peranan masing-masing dan tanpa kesaksamaan ini bakal menjejaskan pencapaian ANMS bagi mensejahterakan kesihatan rakyat yang menjadi satu keutamaan,” ujarnya. 


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Sempena Sambutan Bulan Hepatitis & Hari Malaria Peringat Negeri Kedah di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, pada Sabtu.


Katanya, ANMS menekankan taraf kesihatan berpunca daripada amalan pemakanan yang sihat dan selamat, tidak merokok, minda cergas, hidup aktif serta kebersihan persekitaran.


Dalam program ini disediakan saringan kesihatan percuma dan para pengunjung boleh memeriksa kesihatan gula, kolestrol, pemeriksaan indeks jisim jasad serta tekanan darah di kaunter perkhidmatan yang telah disediakan.


Pelbagai perkhidmatan lain turut disediakan seperti kaunseling ubat-ubatan, ujian kecergasan, saringan minda sihat, kempen derma darah dari Unit Transfusi dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.


Hadir sama, Pegawai Daerah Yan, Mohamad Subhi Abdullah; Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo dan ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat.

Tiada ulasan