Header Ads

test

KAFA BUKIT MERIAM DAPAT PERHATIAN ADUN PANTAI MERDEKA


SUNGAI PETANI – Keluhan guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) berhubung masalah infrastruktur tempat pengajian dapat perhatian ADUN Pantai Merdeka, YB Ahmad Fadzli Hashim.


Katanya, semalam beliau terima maklumat oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka berhubung masalah yang dihadapi.


“Setelah saya terima maklumat, hari ini saya turun melawat dan mendengar permasalah yang berlaku terutama berkaitan dengan kekurangan kemudahan pelajar.


“Alhamdulillah, saya bersetuju untuk menyumbangkan keperluan 10 set kipas dinding dan kelas juga turut diubah suai bagi keselesaan pelajar,” ujarnya.


Beliau juga mengharapkan dengan bantuan ini, para guru dan pelajar mendapat keselesaan demi menimba ilmu.

Tiada ulasan