Header Ads

test

IBU BAPA AKTIF, TINGKAT PRESTASI PELAJAR



KUALA MUDA - Ibu dan bapa yang memberi komitmen sepenuh masa dalam menghadiri majlis pertemuan bersama guru akan memberi impak positif kepada pelajar, ujar ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim.


Katanya, pencapaian pelajar lebih bermakna apabila keluarga mereka juga turut berperanan dan membabitkan diri dalam kejayaan anak.


“Terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda yang komited dan mengambil berat tentang prestasi anak-anak didik. Terima kasih juga kepada barisan ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk datang ke Majlis Konsultasi waris ini.


“Impak positifnya apabila ada komunikasi dua hala yang sebegini antara guru dan ibu bapa, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan dan mengembleng tenaga serta idea bagi mencapai matlamat pencapaian yang cemerlang,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Konsultasi Waris Tingkatan 1 hingga 5 dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kota Kuala Muda, hari ini.


Beliau mengharapkan majlis sebegini dapat membantu meningkatkan motivasi para pelajar di samping meningkatkan prestasi dalam peperiksaan yang akan datang.

Tiada ulasan