Header Ads

test

MUZAKKARAH2022 CAKNA INSTITUSI PERBANKAN ISLAM


ALOR SETAR - Kedah merupakan negeri pertama di Malaysia melaksanakan Muzakkarah Cendiakawan Syariah Nusantara (MUZAKKARAH2022) yang menghimpunkan para penasihat syariah, cendekiawan Islam dan tokoh-tokoh agamawan daripada lima buah negara nusantara.


MUZAKKARAH2022 telah diperkenankan dan disempurnakan oleh Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah di Raia Hotel, semalam.


Baginda menitahkan meningatkan kepada rakyat fungsi institusi kewangan Islam seharusnya tidak berlandaskan kepada keuntungan semata-mata malah ia berperanan sebagai penyumbang terbesar bagi umat Islam.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) berkata, muzakkarah ini membawa tema “Ke Arah Pembangunan Inovasi dan Rangkuman Kewangan Islam” serta menekankan aspek perbankan digital Islam, skim takaful dan zakat.


“Saya amat berharap muzakkarah ini dapat mencambahkan lagi idea dan inovasi baharu dalam aspek kewangan demi kebaikan kepada umat Islam.


“Ramai rakyat masih belum cakna tentang kepentingan mengatahui ilmu-ilmu kewangan Islam ini, moga dengan program sebegini dapat memberi pendedahan yang lebih khusus kepada rakyat,” ujarnya.


Beliau juga berharap negeri Kedah menjadi pencetus kepada negeri-negeri lain dalam memerluaskan ilmu kewangan ini.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Ketua Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman dan Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Tiada ulasan