Header Ads

test

UBAH RODA KEMISKINAN DENGAN ILMU


SIK - “Kemiskinan ini berputar seperti roda kalau tidak tamatkan pusingan ini, ia akan kembali membelit anak cucu kita dan cara nak tamatkan roda kemiskinan adalah dengan ilmu.”

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam Majlis Perasmian Masjid Putra Putrajaya Santuni Masyarakat di Masjid Al-Zahrah Kampung Sungai Senam hari ini.

Tambah beliau, anak-anak hanya melalui sekali sahaja zaman kanak-kanak, jadi berilah peluang kepada mereka untuk mengubah nasib hidup dengan ilmu.

“Masuk umur 17 tahun atau 18 tahun nak hantar pi sekolah dah tak ada sekolah nak terima.

Jelas Muhammad Sanusi orang lain boleh menasihati namun diri sendiri yang perlu berusaha untuk berubah.

“Saya nak pastikan orang-orang kedah ini berubah ke arah yang lebih baik berhenti daripada perkara yang merosakkan, bina keluarga yang lebih harmoni dan tambah ilmu,” ujar Sanusi.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan