Header Ads

test

KEDAH BAKAL MENUJU NEGERI CASHLESS


ALOR SETAR – Selaras dengan perkembangan ekonomi digital, kerajaan negeri Kedah mengambil pelbagai inisiatif yang menuju ke arah ‘cashless’ atau bayaran hasil tanpa tunai sepenuhnya. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam majlis Pelancaran Kedah Cashless dan iHASIL di Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar di sini hari ini. Menurut beliau, satu sistem yang dikenali sebagai iBAYAQ mula dilaksanakan pada Ogos 2020 dan mendapat sambutan yang positif kerana pembayar cukai tidak lagi perlu berurusan di kaunter pejabat tanah. “Melalui iBayaq para peniaga akan mempunyai rekod kewangan secara digital yang baik dan lebih mudah untuk membuat permohonan pinjaman," ujar Sanusi. Tambah beliau kutipan hasil melalui iBAYAQ sepanjang lima bulan tahun 2020 adalah berjumlah RM9 juta. Sehingga 14 Julai 2022 kutipan daripada sistem iBAYAQ telah mencapai sehingga RM11.8 juta. Jelas Menteri Besar bagi memudahkan lagi pembayaran cukai, kerajaan akan menyediakan kiosk pembayaran cashless di semua pejabat tanah dan UTC secara berperingkat. Selain itu, kerajaan negeri juga membelanjakan RM4 juta bagi membangunkan sebuah sistem pangkalan data bersepadu yang meliputi data hasil tanah, hasil hutan, hasil daerah dan pelbagai jabatan. Sistem ini telah GoLive pada 17 Julai 2022 dan Menteri Besar mengharapkan ia akan mendapat sambutan daripada seluruh pembayar cukai. "Dengan adanya kemudahan seperti ini, kerajaan menjangkakan prestasi terimaan hasil kerajaan akan meningkat," tambah beliau.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan