Header Ads

test

PETANI DISARANKAN GUNA ALTERNATIF RACUN BERDAFTAR


ALOR SETAR – Agak malang para petani di Malaysia lebih gemar menggunakan racun ‘fentin acetate’ yang diharamkan bagi mengekang penularan siput gondang merupakan perosak utama padi di Malaysia.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Azman Nasrudin berkata, Jabatan Pertanian Malaysia telah mengharamkan penggunaan racun tersebut berikutan terdapat bahan toksik aktif yang terlalu tinggi namun masih digunakan oleh petani atas faktor murah dan kesan dilihat secara serta merta.


Katanya, racun ini mempunyai bahan aktif yang bertoksik dan boleh mengakibatkan kerengsaan kepada kulit terbakar, eritema dan dermatitis serta gangguan sistem penafasan dan peranakan memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar.


“Racun ‘fentin acetate’ bersifat sangat toksik dan karsinogenik yang mempunyai kulat logam yang sangat tinggi boleh memberi kesan kepada sistem imunisasi pengguna dan tanah.


“Selain Malaysia yang mengharamkan racun ini, kerajaan Cina juga mengharamkan racun ini di Negara mereka. Racun siput ini di seluruh dunia hanya satu kilang sahaja yang mengeluarkan racun ini dan berpusat di negara Cina,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan soalan tambahan YB Azhar Ibrahim (PAS-Ayer Hitam) dalam Mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman, hari ini.


Katanya lagi, racun perosak dibenarkan hanya yang telah berdaftar dan mempunyai kawalan biologi.


 “Antara racun alternative siput gondang yang diberi kelulusan adalah seperti Agondan, Siputek, Mostox dan Bayluscide 70WP,” jelasnya.


Beliau juga memberi penjelasan status semasa pembanggunan blok pengairan di Pengkalan Kundor yang sedang dibina oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi tahun 2022.


“Status semasa kemajuan fizikal projek 11 peratus berbanding sasaran 34 peratus. Kelewatan disebabkan kekurangan sumber jentera, mesin dan pekerja. Pemantauan berkala telah dibuat dari semasa ke semasa,” ujarnya menjawab pertanyaan YB Dato’ Dr. Ismail Salleh (PAN-Pengkalan Kundor).

Tiada ulasan