Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH TIDAK AMALKAN DASAR DISKRIMINASI DALAM KELULUSAN PROJEK


ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah melaksanakan dasar diskriminasi atau pilih kasih dalam pelaksanaan projek kerajaan termasuklah projek-projek yang dirancang kerajaan lalu.

“Sebagai bukti, banyak projek-projek kerajaan yang diluluskan di daerah Kubang Pasu walaupun ahli parlimennya di pihak pembangkang,” ujar beliau dalam sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 hari ini.

Menurut Menteri Besar, projek-projek itu diagih secara kerja undi yang telah dilakukan sebanyak tiga kali proses cabutan undi bagi tahun 2021 dan dua cabutan undi bagi tahun 2022.

Namun menurut beliau ada sedikit masalah apabila berlaku kenaikan harga bahan binaan sehingga ada projek-projek yang diundi sebelum ini memerlukan sedikit perundingan semula dengan kontraktor yang telah berjaya dalam proses cabutan.

Tambah beliau hal yang sama berlaku bagi projek Loji Rawatan Air (LRA), kesemua LRA yang sedang dinaik taraf atau dibina baru ini sedang berjalan dengan baik namun terkesan dengan kenaikan harga bahan binaan.

“Kita telah memohon kerajaan Persekutuan untuk menilai semula harga tender yang diluluskan sebelum ini,” kata Sanusi.

Jelas Muhammad Sanusi lagi kerajaan negeri menjadikan agenda senggara dan menaik taraf infrastruktur sebagai keutamaan bagi tahun 2021 dan 2022.

Menurutnya, kerajaan telah membelanjakan lebih RM261 juta pada tahun 2021 dan RM237 juta sehingga Jun 2022 bagi kerja-kerja penyenggaraan dan menaik taraf infrastruktur di seluruh negeri kedah.



 

Tiada ulasan