Header Ads

test

NELAYAN KUALA BANGKA TARIK NAFAS LEGA



YAN – Hampir 50 tahun nelayan di Kuala Bangka menggunakan jeti yang dibina sendiri mengunakan kayu bagi mencari pendapatan harian.


Hal ini telah mendapat perhatian ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat dan beliau juga telah mengambil tindakan serta membuat permohonan kepada Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’’ Haji Isahak Murat.


“Alhamdulillah, permohonan ini telah diluluskan dan dianggarkan menelan kos sebanyak RM100 ribu. Kerja-kerja pembinaan jeti mula dijalankan pada Jun lepas. Para nelayan menarik nafas lega dengan pembinaan jeti ini bagi memudahkan mereka mencari rezeki bagi meneruskan kelansungan hidup,” ujarnya.


Katanya, permohonan juga dibuat bagi meninggikan ban lapis lindung yang dibuat oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS)telah mendap yang menyebabkan air laut melimpah masuk ketika terjadi ombak besar. 


Beliau mengharapkan semua permohonan yang dibuat diluluskan bagi memberi kemudahan kepada nelayan demi mencari rezeki.

Tiada ulasan