Header Ads

test

SKIM SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI DIPERLUAS KEPADA USAHAWAN WANITA, PENJAJA

ALOR SETAR - Skim Sosial Pekerjaan Sendiri yang ditawarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan diperluas kepada golongan usahawan wanita dan penjaja yang berisiko menghadapi kemalangan dalam pekerjaan mereka.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata, inisiatif ini bakal diadakan pada bulan Ogos depan.


“Usahawan dan penjaja tidak perlu bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini kerana terdapat bantuan yang disediakan kepada pencarum.


"Jadi saya sarankan penjaja dan usahawan untuk mencarum atau melihat inisiatif yang dibuat oleh kerajaan melalui Perkeso ini," ujarnya.


Semalam, beliau menerima kunjungan daripada Pegawai PERKESO negeri Kedah bagi menerima pencerahan dan penerangan mengenai skim ini.


Beliau juga mendoakan agar segala perancangan yang ingin dilaksanakan ini memberi manfaat kepada golongan sasar di negeri Kedah.

Tiada ulasan