Header Ads

test

DARULAMAN LAGENDA | RUMAH MAMPU MILIK GOLONGAN B40, M40


SUNGAI PETANI - Sebanyak 2,848 unit rumah mampu milik dengan kadar harga bawah RM250,000 buat golongan B40 dan M40 akan dibina di atas tanah Perbandaran Darulaman Lagenda, Sungai Petani.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor Kerajaan Negeri Kedah sememangnya meletakkan aspek perumahan rakyat sebagai keutamaan dalam melaksanakan pembangunan dan pada dasarnya telah menyediakan perancangan yang rapi secara komprehensif bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat.

Jelasnya, masih ada yang belum memiliki sebuah rumah walaupun statistik menunjukkan jumlah rumah melebihi ketua isi rumah kerana masih ramai yang menanti projek yang mereka mampu miliki
Beliau berharap agar projek pecah tanah di Darul Aman Lagenda akan memenuhi kelompongan ini.

"Rakyat Kedah terutamanya anak muda perlu ubah cara hidup iaitu utamakan beli rumah dahulu kemudian barulah beli benda lain yang mahal.

"Benda-benda mahal di awal perkahwinan tak perlu yang paling utama dalam pembinaan keluarga adalah beli rumah," ujar Sanusi dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perbandaran Mampu Milik Darulaman Lagenda di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, projek Perbandaran Darulaman Lagenda ini merupakan konsep pertama yang mengkhususkan pembinaan rumah mampu milik berbanding tiga perbandaran sebelum ini iaitu Bandar Darulaman, Darulaman Perdana Dan Darulaman Utama.

Tambahnya lagi, sebanyak 282 unit rumah teres satu tingkat akan dibina dalam Pembangunan Fasa 1 dan akan dijual bermula pada harga RM198,000.

Menteri Besar meyakini bahawa pembangunan projek perbandaran ini akan menjadi penanda aras kepada semua pihak termasuklah kerajaan negeri dan juga pemaju perumahan yang lain dalam merangka projek perumahan di seluruh negeri Kedah.

“Saya berharap warga Sungai Petani khususnya tidak melepaskan peluang memiliki kediaman yang diimpikan sebelum ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah merangka perancangan satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun (2018-2028) yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pihak swasta bagi manfaat golongan B40.




 

Tiada ulasan