Header Ads

test

PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAM DI KANADA BAGAI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN


KANADA - Penyebaran Islam di Kanada bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ujar Timbalan Speaker DUN Negeri Kedah, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim.


Katanya, walaupun penduduk di Kanada memiliki latar belakang yang berbeza namun tidak menghalang pertumbuhan perkembangan penyebaran Islam di sana.


“Dakwah Islam di Kanada berkembang dengan pesat dan pantas. Kanada merupakan negara paling Utara di Amerika Utara dengan penduduk lebih dari 35 juta menjadi kawasan Muslim yang berkembang cukup pesat. 


“Penduduk muslim di Kanada tidak menghadapi permasalahan diskriminasi agama. Agama islam di Kanada hidup berdampingan dengan warga Kanada yang lain dengan damai dan harmoni,” ujarnya kepada media selepas Persidangan Parlimen Komanwel ke-65 di Halifax Kanada bermula 19 Ogos Hingga 27 Ogos 2022.


Beliau yang juga merupakan ADUN Pantai Merdeka berkata, masjid-masjid di Kanada tidak pernah sepi daripada jemaah.


“Berbagai kegiatan keagamaan baik ibadah wajib ataupun program keagamaan dijalankan secara rutin. Terdapat impak positif antara pertambahan jumlah umat Islam dengan banyaknya program keagamaan di masjid-masjid di Kanada.


“Jumlah masjid di Kanada terus bertambah dari tahun ke tahun. Islam merupakan agama kedua yang paling ramai penganutnya di Kanada menyusuli agama Kristian dan direkodkan sebagai agama yang paling pantas berkembang di Kanada," ujarnya.


Katanya, menurut statistik komuniti Muslim di Kanada adalah dua kali ganda lebih besar berbanding komuniti Hindu dan tiga kali ganda lebih besar berbanding komuniti Yahudi.


“Perkembangan komuniti Islam di tempat lain juga bertambah pesat selepas tertubuhnya masjid dan institusi pendidikan. Sebagai contoh Ummah Masjid And Community Centre yang menjadi pusat dakwah kepada komuniti muslim,” tambahnya lagi.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan