Header Ads

test

RUMAH TERBAKAR, LIMA BERANAK TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG


KUALA KETIL - Sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran di kampung Carok Macang, Binjul Luar, pada Jumaat.


Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30  malam itu, Rahmat Radzali, 30, sekeluarga berada di luar kawasan.


Katanya, kejadian disedari oleh ayah mentuanya, Rahim Abu Bakar yang mendengar bunyi letupan kuat di rumah mereka dan tidak sempat menyelamatkan semua kelengkapan di dalam rumah apabila api marak dengan cepat.


“Ayah rumah berjiran dengan kami, jadi boleh dengar kuat letupan tu. Kerugian yang kami tanggung hampir RM60,000 semuanya,” ujarnya kepada media.


Nasib keluarga Rahmat ini mendapat perhatian Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Ketil.


Pihak PKWR hadir menyampaikan sumbangan awal kepada keluarga mangsa dan sumbangan lain akan menyusul.

Tiada ulasan