Header Ads

test

INISIATIF WANITA BANGKIT BANTU PENDAPATAN GOLONGAN WANITA


CHANGLUN - Status suri rumah sepenuh masa tidak bermakna seorang wanita tidak mampu menjana pendapatan sendiri bagi membantu keluarga dan hal ini diberi penekanan oleh kerajaan menerusi inisiatif ‘Wanita Bangkit’.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata, inisiatif ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


“Tujuan diadakan inisiatif ini adalah untuk membantu golongan wanita yang terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal dan balu untuk bangkit dan melatih mereka berdikari membangun ekonomi.


"Program ini juga membuka lembaran baharu bagi golongan itu agar mereka dapat menyara kehidupan. Ia program hebat yang melatih wanita untuk memulakan perniagaan sehingga mampu berdikari dari segi ekonomi,” ujarnya ketika ucapan perasmian di Seminar Wanita Bangkit Berniaga yang berlangsung di EDC Hotel, UUM, pada Ahad.


Menurut peserta, Rias Riati yang merupakan usahawan spa kecantikan berkata,  beliau mendapat impak yang positif selepas hadir Seminar Wanita Bangkit ini.


 “Alhamdulillah, banyak info yang baik diterima daripada program ini dan yang paling teruja ketika saya hadir ke sini adalah boleh berkolaborasi bersama rakan-rakan niaga yang lain disamping dapat menerima idea-idea yang bernas daripada semua peserta,” ujarnya.


Rias turut menyifatkan inisiatif ini adalah usaha terbaik daripada kerajaan negeri dalam membantu wanita-wanita untuk terus bangkit dan bersemangat dalam menjana pendapatan keluarga.


Seramai 110 wanita hadir ke Seminar Wanita Bangkit yang diadakan di EDC Hotel.

Tiada ulasan