Header Ads

test

JALAN BERLUBANG AKAN DIBAIKI SEGERA GUNA PERUNTUKAN PKWR DUN KUPANG


KUPANG - Struktur jalan Kampung Teluk Perah Mukim Kuala Pegang yang berlubang akan dibaiki segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan masalah jalan berkenaan pada pagi tadi.


"Susulan itu, PKWR DUN Kupang telah mengambil tindakan awal mengadakan perbincangan dengan Penolong Jurutera Pejabat Daerah Baling, Sarip Ahmad bagi mengenal pasti langkah-langkah keselamatan akan diambil.


"Kita dimaklumkan oleh pihak jurutera bahagian bawah jalan berongga dan tidak berapa selamat digunakan penduduk,"katanya.


Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad telah dimaklumkan masalah berkenaan dengan  tindakan segera telah diarahkan diambil.


"YB Najmi mengarahkan bahagian jalan berlubang dibaiki segera menggunakan peruntukan pejabat dengan kadar segera,"katanya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan