Header Ads

test

BAJET KEDAH 2023: SASARAN KUTIPAN HASIL MAMPU CAPAI LEBIH RM700 JUTA


ALOR SETAR - Unjuran hasil cukai kerajaan negeri mampu mencapai lebih RM700 juta menjelang 2023 adalah realistik dan boleh dicapai, kata ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat.


Katanya, anggaran hasil itu diunjurkan daripada hasil kutipan secara langsung pada Oktober 2022 yang sudah mencecah RM517 juta iaitu 71 peratus daripada kutipan tahun lepas.


“Usaha memastikan hasil dan pendapatan kerjaan dapat dioptimumkan walaupun disaat pandemik. Tahun 2020 kita telah mampu memperolehi hasil RM560 juta dan pada 2021 sebanyak RM688 juta.


“Setakat Oktober 2022 kita telah mencapai RM517 juta iaitu 71 peratus daripada bajet tahun lepas. Sasaran kutipan hasil melebihi RM500 juta telah pun dicapai dan kita yakin mampu lonjak lebih RM700 juta,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ucapan perbahasan Sidang Bajet Kedah 2023 di Wisma Darul Aman, hari ini.


Mohd Azam berkata, prestasi rizab simpanan tunai meningkat sejak tahun 2020 yang bernilai RM549.3 juta setakat September 2022.


“Hasil kutipan itu melebihi tahun 2020 berjumlah RM324.3 juta dan bertambah baik pada tahun 2021 iaitu sebanyak  RM464.3 juta.


“Jumlah yang disebutkan ini adalah jumlah rizab amat cemerlang berbanding sebelum-sebelum ini. Ini menunjukkan kecekapan dan teratur pengurusan kewangan tanpa berlaku ketirisan,” ujarnya lagi.


Maklum Mohd Azam lagi, kerajaan negeri telah menerima pengiktirafan Sijil Bersih Penyata Kewangan Negeri Kedah bagi Tahun 2021 oleh Ketua Audit Negara hasil kedudukan sistem kewangan yang bersih dan stabil tanpa berlaku kebocoran selari dengan maqasid syariah.

Tiada ulasan