Header Ads

test

LAMPU SOLAR DIPERLUASKAN DI JALAN KAMPUNG DUN SUNGAI LIMAU


SUNGAI LIMAU - Penggunaan lampu solar jalan menjadi alternatif baharu kepada penduduk sekitar Sungai Limau dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya. 


ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, penggunaan lampu ini boleh mengurangkan pelepasan karbon, mengurangkan kes vandalisme ke atas aset kerajaan dan tiada bil elektrik, sekali gus dapat mengurangkan kos.


“Fasa pertama ni, Alhamdulillah 25 tiang lampu solar kita sasarkan yang bernilai RM10,000 melibatkan sembilan kampung dalam DUN Sungai Limau. Insha Allah, fasa dua akan menyusul.


“Diharapkan projek ini dapat dijayakan dan boleh dikembangkan untuk lebih banyak kampung lagi.  Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan semoga bermanfaat untuk penduduk,” ujarnya.


Jelasnya lagi, pemasangan lampu solar ini diletakkan di kawasan umum seperti surau, sekolah, jalan berisiko berlaku kemalangan dan tempat-tempat gelap.


“Peruntukan ini disalurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sungai Limau dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),” ujarnya lagi.

Tiada ulasan