Header Ads

test

REE BAKAL JADI SUMBER PENDAPATAN BAHARU BUAT KEDAH


ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjangkakan kutipan hasil baharu bagi negeri akan disumbangkan melalui Unsur Nadir Bumi (REE).

“Saya yakin REE akan menjadi sumber pendapatan baharu yang banyak kepada kerajaan negeri,” ujar beliau dalam sidang media selepas Sidang Bajet 2023 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Tambah beliau, masalah ketika ini adalah prosedur operasi standard (SOP) belum dapat disempurnakan oleh kerajaan negeri melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Menurutnya, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dengan menetapkan kadar royalti sebanyak 15 peratus daripada harga jualan dan juga menetapkan kadar baharu bagi sewaan tanah tahunan untuk pajakan melombong sebanyak RM300 per hektar.

Manakala, kadar baru bagi kumpulan wang pemulihan bersama bagi permohonan REE adalah sebanyak RM50 ribu setahun berkuatkuasa 1 April 2022.  

Terdahulu, kerajaan negeri telah mengumumkan penemuan bahan mineral baru iaitu REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik yang dianggarkan bernilai RM60 billion.

#MediaMBKedah  
#UrusSetiaPeneranganDarulAman 


 

Tiada ulasan