Header Ads

test

KEDAH CASHLESS: CAPAI PULANGAN MELEBIHI SASARAN


ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah berjaya mencatat terimaan tanpa tunai sebanyak enam peratus melebihi sasaran yang ditetapkan lima peratus bagi tahun 2022.

"Bagi meningkatkan lagi liputan penggunaan tanpa tunai di kalangan masyarakat, kerajaan negeri bekerjasama dengan Paynet yang sudi membantu menyediakan peruntukan promosi yang bernilai RM 1 juta tahun hadapan," ujar Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata demikian dalam majlis Menandatangani Perjanjian Kedah Cashless Adoption Campaign Di Antara Kerajaan Negeri Kedah Dan Payments Network Malaysia (PAYNET) di Wisma Darul Aman hari ini.

Tambahnya, kerajaan telah menambah bilangan pembayaran iaitu bayaran pendaftaran kontraktor dan pinjaman Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) serta menambahbaik fungsi di dalam iBAYAQ.

Jelasnya lagi, rebat berbentuk eKupon akan diberikan kepada pengguna iBAYAQ bagi pembayar cukai.

Kerajaan negeri katanya turut mensasarkan penglibatan peniaga kecil dan penjaja menerima bayaran secara tanpa tunai.

Menteri Besar mengarahkan kepada semua jabatan pemungut hasil melaksanakan terimaan bayaran hasil tanpa tunai mulai 1 Januari 2023.


 

Tiada ulasan