Header Ads

test

PENAFIAN MB KEDAH, ISU TUNTUTAN RM95 BILION


ALOR SETAR - Tuduhan ADUN Jitra, YB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir mengenai tuntutan tidak berasas kerajaan negeri Kedah sebanyak RM95 bilion ke atas kerajaan Persekutuan itu dinafi keras oleh Menteri Besar Kedah dalam sesi penggulungan Sidang DUN Bajet Kedah 2023 hari ini.

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan bahawa RM95 bilion yang dimaksudkan dalam sidang DUN semalam merujuk kepada projek pembangunan dalam Belanjawan Persekutuan tahun 2023.

Menurutnya kerajaan Persekutuan sebelum ini telah menggariskan dasar untuk memberi keutamaan kepada enam negeri termundur termasuk Kedah.

“Dia (ADUN Jitra) tuduh, saya menuntut tanpa asas kepada kerajaan persekutuan sebanyak RM95 bilion pula.

“Sebagai bekas Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali, ADUN Jitra perlu lebih berhati-hati dalam berkata,” tegas Sanusi.

Tambahnya lagi beliau tidak pernah membuat tuntutan tanpa asas dalam isu hak kerajaan negeri.

Antara tuntutan lain yang pernah dibuat adalah isu air Pulau Pinang, hutan dan tanah pertanian negeri Kedah.

“Setiap sen duit yang dihasilkan daripada hasil bumi negeri ini, saya akan pastikan ia tidak akan terlepas kepada sesiapa pun melainkan ia untuk faedah rakyat dan negeri Kedah,” azam Menteri Besar dihadapan barisan ADUN kerajaan dan pembangkang.

Sanusi berkata selepas kejadian kecurian unsur nadir bumi (REE), beliau telah mengarahkan semua pihak yang menjalankan kerja-kerja abstrak mineral berharga itu agar mematuhi peraturan kerana setiap sen yang dihasilkan REE akan menjadi sumber baharu negeri.



 

Tiada ulasan