Header Ads

test

JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH, SEABAD DI PERSADA ANTARABANGSA

 


SINTOK – Program Jambori dapat membantu ahli pengakap dalam membina ketahanan mental, fizikal, emosi dan jasmani selari dengan falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor penerapan amalan disiplin yang baik dan nilai kepimpinan yang berhemah di kalangan ahli-ahli pengakap adalah suatu gambaran dalam proses pembinaan identiti negara.

“Menjadi harapan saya agar semua ahli pengakap yang hadir ke Jambori ini dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di sini untuk dalam menguruskan aktiviti hidup seharian dengan lebih cekap dan efisien,” ujar beliau dalam Majlis Perasmian Jambori Sambutan 100 Tahun Pengakap Negeri Kedah Dan Persaudaraan Antarabangsa di Tapak Kawad, Universiti Utara Malaysia semalam.

Jelas Muhammad Sanusi, objektif yang diterapkan menerusi aktiviti ini mampu membentuk sahsiah dan jati diri ahli Pengakap yang unggul serta layak untuk diketengahkan dalam kepimpinan masyarakat.

Tambahnya lagi, kehadiran ahli pengakap ke jambori ini juga menjadi ruang kepada semua untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam berkaitan dengan negeri Kedah terutama perkembangan dalam tempoh dua tahun kebelakangan.

“Ini kerana mungkin ada sesetengah maklumat yang didengari atau perolehi menerusi media sosial terutamanya adalah kurang tepat,” kata Sanusi.

Menteri Besar amat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk datang ke Negeri Kedah, melihat sendiri budaya hidup rakyat Kedah yang sedikit sebanyak ada perbezaan dengan masyarakat di negeri lain.



Tiada ulasan