Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH TIDAK AKAN MEMECAT JPKK WALAU BERBEZA PARTI


ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah telah membuat keputusan bahawa tidak akan membuat pemecatan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPPK) yang ada di negeri ini walaupun berbeza fahaman politik.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kerajaan tidak akan mengarahkan pemberhentian, penamatan kerana apabila sudah dilantik, amanah tersebut bukan atas nama parti tetapi atas nama kerajaan negeri Kedah.

“Kalau ada arahan daripada pihak-pihak lain untuk tuan-tuan berhenti saya beri pilihan tak berhenti pun takpa,” ujar beliau semasa merasmikan Majlis Perhimpunan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Kedah Tahun 2022 di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan persekutuan tidak membuat pelantikan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPPK) baharu sebaliknya menambah elaun kepada JPKK sedia ada.

Muhammad Sanusi berkata bahawa ahli JPKK adalah penentu dalam usaha kerajaan negeri untuk mencapai matlamat gagasan Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni menjelang tahun 2035 sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.

“Apa jua jawatan politik yang disandang, itu bukanlah karier atau tempat untuk ‘cari makan’ tetapi kita diletakkan di situ oleh Allah SWT sebagai tanggungjawab untuk memimpin masyarakat,” tegas Menteri Besar.

Jelasnya tanggungjawab memimpin masyarakat adalah amanah yang harus dipikul dan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.


#MediaMBKedah

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan