Header Ads

test

TIDAK PERBAHARUI LESEN JUDI, BUKAN KEPUTUSAN DRASTIK



ALOR SETAR - Keputusan penamatan lesen premis perjudian bukanlah keputusan yang drastik kerana telah diputuskan sejak bulan November 2021.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor tempoh yang diberikan itu mencukupi kepada pemilik-pemilik premis membuat persiapan untuk mengalih arah perniagaan masing-masing setelah lesen ditamatkan.

“Jika masih terdapat premis menjual nombor tanpa lesen saya serahkan kepada pihak berkuasa. Judi online juga ada agensi dan jabatan yang bertanggungjawab untuk memantau dan bukan dalam bidang kuasa negeri,” ujar beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Negeri Kedah bertempat di Wisma Darul Aman hari ini.

Lesen penjualan arak pula menurut Muhammad Sanusi hanya dibenarkan dijual di kawasan majoriti penduduk bukan Islam dan tidak boleh dijual secara terbuka.

Beliau memberitahu hasil daripada cukai premis judi pada tahun 2021 sekitar RM400 ribu setahun sahaja apabila diminta mengulas Kedah mengalami kerugian akibat penutupan sepenuhnya operasi premis judi.

“Kalau RM400 juta pun saya nak hentikan juga.

“Kesan dia buruk.Ada masyarakat yang berselerak kerana bapa terlibat judi, balik rumah pukul anak dan isteri itu lebih teruk dari RM400 ribu,” tegas Menteri Besar.

Beliau berharap tindakan ini akan mendapat sokongan semua pihak kerana ia selari dengan tuntutan Allah SWT.





 

Tiada ulasan