Header Ads

test

674 MANGSA BANJIR PADANG TERAP TERIMA BANTUAN KHAS SEJAHTERA (BKS) KERAJAAN NEGERI KEDAH


Seramai 674 rakyat Padang Terap berasa gembira semalama selepas menerima Bantuan Khas Sejahtera (BKS) daripada Kerajaan Negeri Kedah.
Bantuan sebanyak RM500 ini diberikan kepada semua mangsa banjir Padang Terap yang terjejas pada akhir tahun lalu.
Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad, bersama Exco Kerajaan Negeri, YB Hj Munir Mohamad Yusoff, ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin dan Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin Hamid di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, semalam.
Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan