SEMARAK AR-RAYYAN: INISIATIF BERHARGA BUAT WANITA KEDAH
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan program Semarak Ar-Rayyan sebagai inisiatif istimewa sempena bulan Ramadan, sekaligus sebagai penghargaan kepada wanita bersempena Hari Wanita Sedunia.
“Program ini bertujuan menyemai kesedaran tentang pentingnya menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti ibadah dan pembangunan rohani sepanjang Ramadan,” katanya.
Tambahnya, selain menghidupkan masjid, memahami makna Al-Quran dapat meningkatkan takwa dan menjadikan insan yang lebih baik.
Menurutnya lagi, penganjuran program ini turut memberi dorongan khusus kepada para wanita untuk mengenali tokoh-tokoh wanita dalam sejarah Islam.
“Kita akan mengenali tokoh-tokoh wanita dalam sejarah Islam seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan para srikandi lain yang menjadi contoh dalam ketabahan, keilmuan dan pengorbanan mereka dalam perjuangan menegakkan Islam,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Program Semarak Ar-Rayyan 2025 di Dewan Seri Mentaloon.
“Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia.
“Pesanan saya kepada semua wanita hari ini, saya berharap jadilah seorang ibu, seorang wanita, seorang isteri yang bertakwa, sentiasa beribadah kepada Allah, sentiasa kuat, insyaAllah cinta kita kepada Allah menguatkan kita, Dia akan menjadikan kita seorang wanita dan seorang isteri yang tabah,” ucapnya.
Post a Comment