KEDAH KOMITED LAKSANAKAN PROGRAM 1000 SAINTIS MUDA TAHUN HADAPAN
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi, YB Professor Dr. Haim Hilman Abdullah berkata beliau telah meluluskan sebanyak RM50,000 sebagai dana awal untuk menjayakan program tersebut.
Menurutnya, kerajaan mengharapkan agar anak-anak Kedah mempunyai kecenderungan untuk mengikuti program berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Kita akan gerakkan usaha kenal pasti anak-anak pelajar bagi mewakili setiap daerah untuk ke program 1000 Young Scientist di negeri Kedah.
"Berkemungkinan kita akan bekerjasama dengan Pusat Sains Negara bagi jayakan program ini," beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Kedah STEM Fair 2025 di KHTP Sports Complex, Kulim Hi-Tech Park, di sini, hari ini.
Jelasnya, kerajaan dan syarikat-syarikat di negeri Kedah perlu bergerak bersama-sama untuk memastikan agar ekosistem pendidikan dalam bidang STEM itu benar-benar dapat dicipta.
Tambahnya, beliau juga berhasrat untuk menubuhkan Kedah Sains Centre di kawasan Kulim Hi-Tech Park untuk mengembangkan bidang STEM.
"Pihak kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikan-syarikat yang memberi sokongan dan komitmen untuk menjayakan program kita pada hari ini.
"Syarikan-syarikat kalian akan menjadi sebahagian daripada tinta sejarah negeri yang akan membangunkan anak-anak Kedah merentasi kaum dan agama," ujar beliau.

Post a Comment