Header Ads

test

ANGGOTA BOMBA BERGELUT DALAM BAHANG, PKWR KUPANG HULUR BANTUAN

 


Laporan: Ahmad Rado 


KUPANG – Pasukan bomba bukan sahaja bergelut dengan bahang api, malah terpaksa berdepan cuaca panas terik dalam operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Kampung Besah.

Pegawai Khas ADUN Kupang, Encik Mohd Sabri Abu Bakar berkata, menurut pihak bomba, kebakaran tersebut bermula kira-kira jam 12 tengah hari pada 27 Januari lalu.

“Bagaimanapun, api kembali marak hari ini, memaksa pihak bomba meneruskan operasi bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak,” katanya.

Sebagai tanda keprihatinan, katanya, ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral (Bersara) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang tampil menyampaikan sumbangan makanan serta pek air mineral kepada anggota bomba yang sedang bertugas, pagi tadi.

Beliau berkata, operasi pemadaman kebakaran berkenaan akan disambung lagi esok bagi memastikan sebarang sisa api dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.”



Tiada ulasan